Thursday, November 18, 2010

PROGRAM KORBAN ANJURAN KOPERASI.

18 Nov. 2010. Koperasi Bekas Pelajar Islam buat julung kalinya telah melaksanakan program korban aidil adha di Permatang Ara ,Bukit mertajam. Sebanyak seekor lembu telah dikorbankan. Mereka yang mengambil bahagian ialah Saudara Kamal,Nordin,Zaini,Ahmad Shukri dan Jaafar serta keluarga masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA NUR INSYIRAH.

Syabas dan tahniah kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Ara Rendang yang berjaya mendapat 5A dalam ujian UPSR 2010. Penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada PIBG,Pengetua,Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Ara Rendang yang telah bekerja keras bagi menjadikan impian ini satu kenyataan. Sekolah Kebangsaan Ara Rendang telah mencatatkan pencapaian 29 pelajar 5A dalam UPSR 2010. Tahniah.

Thursday, August 26, 2010

SELAMAT BERPUASA.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN. HARI INI HARI CUTI UMUM DI PULAU PINANG. BOLEHLAH KEMAS RUMAH SEBAGAI PERSEDIAAN HENDAK MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI .

Wednesday, July 21, 2010

BANK PERSATUAN MENANG DUA ANUGERAH.

Baru-baru ini pada 17 Julai 2010 , semasa Hari Koperasi Negara yang diadakan di Kuantan ,Bank Persatuan telah memenangi 2 anugerah iaitu tempat ke 9 dalam 100 koperasi Terbaik dan Watikah sebagai Bank Koperasi. Hari koperasi Negara telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Dato' Ismail Saberi yaakub.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kita dapat meningkatkan usaha untuk menjadi manusia yang beriman dan beramal soleh. Insyaalah.

Friday, October 30, 2009

Nur Insyirah ikut rombongan ke Pendang Country Resort.

Petang tadi hantar Nur Insyirah ke Sekolah Ara Rendang yang akan mengikuti rombongan ke Pendang untuk kursus motivasi. Semoga Syirah akan menjadi lebih yakin dan bermotivasi selepas pulang nanti. Insyaalah.

KENDURI DFI RUMAH DIN MAK NGAH CHE NAK.

Petang tadi pergi makan kenduri di rumah Din Mak Ngah Chek Nah (cousin) di Taman Aman, Sg. Seluang, Kedah yang akan berangkat ke Mekah pada awala bulan November 2009. Semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali.