Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kita dapat meningkatkan usaha untuk menjadi manusia yang beriman dan beramal soleh. Insyaalah.

Friday, October 30, 2009

Nur Insyirah ikut rombongan ke Pendang Country Resort.

Petang tadi hantar Nur Insyirah ke Sekolah Ara Rendang yang akan mengikuti rombongan ke Pendang untuk kursus motivasi. Semoga Syirah akan menjadi lebih yakin dan bermotivasi selepas pulang nanti. Insyaalah.

KENDURI DFI RUMAH DIN MAK NGAH CHE NAK.

Petang tadi pergi makan kenduri di rumah Din Mak Ngah Chek Nah (cousin) di Taman Aman, Sg. Seluang, Kedah yang akan berangkat ke Mekah pada awala bulan November 2009. Semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan selamat kembali.

Tuesday, October 13, 2009

SUKANEKA HARI KELUARGA BANK PERSATUAN.

Sukaneka Hari Keluarga Bank Persatuan dijangka akan diadakan pada 6 hb Disember 2009. Kali ini Sukaneka tersebut akan diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort. Acara akan bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari.

JAMUAN HARI RAYA OLEH KOPERASI PASAR ANEKA TAMAN SELAT, BUTTERWORTH.

Pada 13 Oktober 2009, Koperasi pasar Aneka Taman Selat Butterworth telah menganjurkan Jamuan Hari Raya di pekarangan Pasar Aneka Taman Selat. Pelbagai juadah dihidangkan kepada para tetamu. Antaranya ialah sate,bihun sup,mee kari,ketupat,lemang dan kueh raya. Terima kasih diucapkan kepada En. Nasarauddin dan Hamdan dan rakan-rakan.

PENUBUHAN KOPERASI PEMUDA GUAR JERING.

Pada 10 Oktober 2009 telah berlangsung Mesyuarat penubuhan Koperasi Pemuda Guar Jering. Dengan tertubuhnya Koperasi tersebut , adalah diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutamanya golongan belia. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah wakil daripada SKM Pulau Pinang. Syabas diucapkan kepada Pemuda Guar Jering.

Saturday, June 13, 2009

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN BANK PERSATUAN 2008.

Mesyuarat Agung Perwakilan Bank Persatuan 2008 telah berlangsung pada 13 Jun 2008. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Yusof b. Md Sudin Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Suruhanjaya operasi Malaysia. Mesyuarat bermula pada pukul 10.45 pagi dan tamat pada pukul 3.30 petang. Lebih 500 orang perwakilan daripada seluruh pelusuk negara telah mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut. Bank Persatuan telah mencatatkan keuntungan sebanyak 26 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2008. Mesyuarat telah meluluskan untuk membayar dividen sebanyak 10 peratus dan bonus syer sebanyak 2.5 peratus tertakluk kepada kelulusan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Sunday, June 7, 2009

KENDURI KAHWIN HAIRI DAN AYU.

6 Jun 2009, bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung majlis kenduri kahwin pasangan Mohd
Zairi dan Ayu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh saudara-mara dan sahabat-handai Haji
Saad Shaari dan Hajjah Che Amah. Antara VIP yang hadir pada Majlistersebut ialah En.Mansur Osman Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang , En. Halim Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Zahrain dan Exco Pertanian , En. Danny Law. Turut menyerikan majlis ialah Pengerusi BankPersatuan Dato' Mohd bin Hj. Darus, Dato' Othman Said serta Anggota Lembaga Bank Persatuan. Majlis bermula dengan bacaan tahlil. Jamuan makan bermula pada pukul 12.00 tengahari. Rombangan pengantin dari Suka Menanti telah tiba pada pukul 2.00 petang. Majlis telah tamat pada pukul 7.00 malam. Terima kasih diucapkan kepada semua adik beradik yang terlibat dalam persiapan kenduri. Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Irham Catering yang dinaungi oleh Abang Ibrahim dan Kak Maliah. Juga kepada Hassan Catering. Seterusnya kepada semua yang telah secara langsung atau tidak langsung telah memberikan sumbangan.

Tuesday, June 2, 2009

PERNIKAHAN MOHD ZOHAIRI.

Pada 23 Mei 2009 , bertempat di Masjid Seri Menanti, Alor Star, Kedah Adik bongsu saya iaitu Mohd zohairi b. Hj. Saad telah bernikah dengan Ayu bt. Saad. Acara tersebut telah dihadiri oleh saudara mara terdekat kedua belah pihak. Kenduri sebelah perempuan telah berlangsung pada 30 Mei 2009.Sementara majlis perkahwinan disebelah pihak lelaki akan diadakan pada 6 Jun 2009, iaitu hari Sabtu ini.

Saturday, March 21, 2009

PERTANDINGAN GOLF JEMPUTAN TAKAFUL MALAYSIA WILAYAH UTARA 2009.

Tahniah di ucapkan kepada Takaful Malaysia atas kejayaan menganjurkan Pertandingan Golf Jemputan Takaful Malaysia Wilayah Utara buat julung-julung kalinya. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancarnya pada 21hb. Mac 2009. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur terutama ahli jawatankuasanya yang diketuai oleh En. Badrul Asri bin Ahmad.

Sebanyak 72 orang peserta telah mengambil bahagian. Tee Off bermula pada pukul 8.30 pagi. Para peserta kemudiannya diberi jamuan makan tengahahari dan kemudiannya diikuti dengan penyampaian hadiah.

PILIHANRAYA KECIL BUKIT SELAMBAU .

Parti-parti politik telah memulakan persiapan untuk menghadapi pilihanraya kecil Bukit Selambau. BN,PKR,PAS dan DAP telah membuka markas pilihanraya masing-masing di sekitar Taman Tuanku Hamimah dan Taman Ria.


Pada pukul 8.30 malam ,20hb Mac 2009 Barisan Nasional telah mengadakan ceramah dan perjumpaan dengan masyarakat India di Taman Tuanku Hamimah. Ceramah pada malam itu disampaikan oleh Dato' Mahzir iatu Mantan Menteri Besar Kedah.


Beliau meminta rakyat menyokong BN bagi mengelakkan negara daripada berpecah belah. Namun struktur Barisan Nasional itu sendiri adalah berdasarkan konsep Pcah dan Perintah atau "Divide and Rule" yang dilaksanakan oleh British di Malaya suatu masa dahulu. Terpulanglah kepada pengundi DUN Bukit Selambau untuk memilih wakil yang terbaik bgi menjaga kepentingan mereka.

Thursday, March 19, 2009

PERTANDINGAN GOLF TERBUKA ANJURAN TAKAFUL MALAYSIA.

Takful Malaysia akan menganjurkan pertandingan golf terbuka pada 21hb. mac 2009 Hari Sabtu pukl 7.00 pagi di Cinta Sayang Golf Club. Jadi saya pun pergi driving range di Safira Country Club petang tadi. Maklumlah jarang-jarang amain golf. Juga berjumpa dengan Halim ABH Mega dan Dato' Ahmad Saad di sana. Petang besok saya akan bawa family untuk bermalam di Cinta Sayang Resort. Petangya

PERJUMPAAN DENGAN TN. HJ. RAHMAN BAHAGIAN BANGUNAN MPSP.

Pada 18hb. Mac saya telah bertemu dengan Tuan Hj. Abd. Rahman di Bahagian Bangunan.Beliau memaklumkan bahawa sekiranya kita hendak membuat ubahsuai, kita hendaklah mengemukakan pelan kepada MPSP untuk kelulusan. Sekiranya ini tidak dibuat satu hari nanti pihak MPSP akan menyaman kita kerana membuat binaan yang tidak mendapat kebenaran.
Ini adalah kerana MPSP akan kehilangan hasil taksiran kerana binaan tersebut tidak termasuk dalam taksiran mereka. Sekiranya anda telah membuat binaan yang tidak mendapat kebenaran anda masih berpeluang membuat pembetulan dengan mengemukakan semula pelan tersebut kepada MPSP untuk kelulusan. Upah pelukis pelan pun tidaklah mahal sangat. Jadi eloklah kita menyelesaikan masaalah tersebut sebelum kita disaman kemudian nanti.

Sunday, March 15, 2009

MEETING ON THE FORMATION OF 2ND COOPERATIVE BANK.

A meeting on the formation of the second cooperative bank in Malaysia has been conducted on the 12th and 13th March 2009. The delegation from Suruhanjaya Koperasi Malaysia was led by Hajjah Cik Hawa, while the Bank Persatuan side was led by Dato' Hj. Mohmed b. Hj. Darus.


LEMBU-LEMBU BERKELIARAN DI TAMAN DESA SENA.

Kebelakangan ini didapati terdapat najis lembu di atas jalan raya di sekitar Taman Desa Sena , Pokok Sena. Ini menjadikan jalan raya di Taman Desa Sena kelihatan kotor dengan najis lembu dan berbau busuk. Puncanya ialah lembu-lembu yang dilepaskan pada waktu malam oleh tuannya yang tidak bertanggungjawab. Lembu-lembu ini datang melalui ladang kelapa sawit Malakoff yang bersebelahan dengan Taman Desa Sena. Semoga pihak MPSP dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masaalah ini.

Sunday, March 8, 2009

PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.

Saya sebagai seorang bapa tidak bersetuju dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah. Ini adalah kerana mereka masih baru dengan Bahasa Inggeris.

Saya juga dimaklumkan bahawa guru-guru yang mengajar PSMI juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengajar dlam Bahasa Inggeris. Saya tidak menentang sekiranya PSMI dijalankan ditahap Sekolah Menengah.

Semoga pihak Kementerian Pelajaran akan membuat keputusan yang mengembil kira kehendak rakyat.

Saturday, February 28, 2009

Mesyuarat Perancangan Strategik Bank Persatuan dengan Pengurus Cawangan

Mesyuarat Perancangan Strategik dengan Pengurus Cawangan Bank Persatuan telah diadakan pada 28hb Feb 2009.Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Bank Persatuan Dato' Mohammed b. Hj. Darus. Semua Pengurus daripada 11 buah cawangan Bank Persatuan telah hadir. Pembentangan dibuat oleh semua Ketua Bahagian .

MESYUARAT PERANCANGAN STRATEGIK BANK PERSATUAN

Mesyuarat Perancangan Strategik Bank Persatuan 2009-2013 telah diadakan pada 21-22 Feb 2009 di Butterworth Room, Holiday Inn Batu Feringghi.Mesyuarat ini dihadiri oleh Lembaga Pengarah ,Pengurusan Kanan dan Jawatankuasa Audit dalam Bank Persatuan.
Mesyuarat tersebut adalah untuk merangka halatuju Bank Persatuan bagi menyiapkan diri sebagai Bank Koperasi kedua pada bulan Julai 2009.

Friday, February 6, 2009

SEMINAR BOIKOT BARANGAN YAHUDI DAN AMERIKA.

Hari ini saya menghadiri seminar boikot barangan yahudi dan amerika dianjurkan oleh Roudhotul Jannah. Tiap orang Islam wajib memboikot barangan yahudi dan amerika yang telah membunuh penduduk Gaza yang tidak berdosa. Tahniah kepada Ustaz Abdul Rahim dan Jawatnkuasanya.

Friday, January 23, 2009